- Terma ini hendaklah digunakan untuk semua kontrak yang dibuat antara D'ra Homestay dengan penyewa-penyewa (seterusnya disebut penyewa) dan sah untuk semua tempahan dan perjanjian untuk sewa tempat tinggal dan hendaklah digunapakai untuk semua kemudahan di D'ra Homestay.
- Penyewa adalah dikehendaki untuk membaca Terma dan Syarat ini. Kontrak ini merupakan syarat tambahan kepada bayaran deposit penyewa.
- Bayaran yang dibayar oleh penyewa hendaklah ditulis dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh pihak D'ra Homestay. Sekiranya tiada bayaran tambahan dikenakan, penyewa dikehendaki membayar sewa mengikut kadar sewa asas yang telah dipersetujui antara penyewa dan D'ra Homestay.
- Kadar sewa asas akan berubah dari semasa ke semasa.
- Deposit yang dibayar tidak akan dikembalikan.
- Bayaran penuh secara tunai perlu dibuat semasa proses daftar masuk dan penyerahan kunci. Resit bayaran akan diberikan oleh pihak D'ra Homestay.
- Daftar masuk bermula pukul 2.00 petang dan daftar keluar adalah pada pukul 12.00 tengahari. Kegagalan untuk mematuhi masa daftar keluar akan dikenakan penalti RM 10 bagi setiap jam. Daftar keluar selepas jam 2.00 petang akan dikenakan caj penginapan satu hari mengikut kadar semasa.
- Keselamatan penyewa dan tanggungan mereka selama menginap di D'ra Homestay adalah di bawah tanggungjawab penyewa sepenuhnya. Kecederaan dan kemalangan semasa menginap di premis adalah di bawah tanggungjawap penyewa. Penyewa tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi daripada pihak pengurusan D'ra Homestay akibat kemalangan atau kecederaan yang penyewa dan tanggungan mereka alami semasa menginap di premis ini.
- Penyewa adalah dinasihatkan untuk memastikan premis dalam keadaan berkunci semasa meninggalkan rumah dan elakkan meninggalkan barangan berharga. Pihak D'ra Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kerugian hartabenda akibat kegagalan mematuhi arahan mengunci kediaman.
- Penyewa hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan dengan berhemah. Sebarang kerosakan berpunca daripada kecuaian penyewa dan tanggungan mereka akan menyebabkan penyewa dikehendaki membayar ganti rugi.
- Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam kawasan premis (ruang tamu, bilik tidur, bilik air, ruang makan dan dapur).
- Binatang peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis.
- Semua kegiatan tidak bermoral termasuk minum arak adalah dilarang di dalam premis. Kegagalan mematuhi larangan boleh menyebabkan pihak pengurusan D'ra Homestay membatalkan penginapan dan tiada bayaran kembali akan dibuat.
- Penyewa dikehendaki menghormati kejiranan dengan tidak membuat bising.
- D'ra Homestay berhak untuk membuat sebarang perubahan pada Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan.
Terma dan Syarat
Subscribe to:
Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment